eBook Import Dari China

Saturday, June 20, 2009

GirL@Estet

kali ni aku nak cite skit pasal life aku masa kat training ni. dok kat estet kekadang seronok gak kalau ade activity. masuk ladang, masuk kilang... waahhh... best siut. CC aku pon tak penah dpt experience mcm ni dulu. huhuhu.... we all spent 1 day gi redah palm estet kat melaka ni. 6.30 pg dh kena gerak gi ofis sbb tgk morning muster kat sana. mcm masuk kawat lak rasenyer. masa ni ass manager bg briefing kat workers. muster ni lebih kurang cam nak bagikan tugas pd setiap pekerja.


aku kat belakang skali !!!!





So, after breakfast kiteorg masuk ladang. waahhh.... excited!!!! terasa cam pekerja ladang lak. hihihi..... dpt naik traktor bas pekerja lg. tengok ar aku kat atas tu... jgn jeles....



dah masuk ladang.... siap tayang loose fruit lg. hahaha.....





tgh serius ni....



oklah, cukup kat sini dulu. next entry will be posting soon.

Wednesday, June 3, 2009

Jgn terlalu memilih, cik diana !!!!

hahaha.... kali ni aku nak post 1 entry yg agak interesting skit. i got it from my fren by the email. (huhuhu... terkena aku)



Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan......yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Sayangilah keluargamu, rakanmu & orang tersayang yang lain selagi mereka masih hidup...


p/s: actually, aku takdelah memilih sgt ;P